Wednesday, 9 August 2017

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR (POLISAS)


JABATAN PERDAGANGAN


TAJUK: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL 
TERHADAP ALAM SEKITAR


NAMA & NO.MATRIKS

AHLI :   1. FARAH SYAKIRAH BINTI JAMIL                                   02DLSI7F1007
                2. NURUL LIYANA BINTI ABDULLAH                              02DLS17F1052
                3. NURUL SHAKIRAH BINTI SHAIFUDDEAN                 02DLS17F1022
                4. FARAH NUR ATIQAH BINTI MOHD NIZAM               02DLS17F1025
                5. RAIDAH ZAKIRAH BINTI MOHAMAD RAZIF           02DLS17F1103


PENSYARAH : MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI



ISI KANDUNGAN


1.PENGHARGAAN .........................................................................................1
2.PENGENALAN TAJUK................................................................................ 2
3.PERKEMBANGAN TAJUK.......................................................................... 3 - 4
4. KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SKITAR ............................. 5
4. KESIMPULAN...............................................................................................6
5. RUJUKAN..................................................................................................... 7
6. LAMPIRAN................................................................................................... 8



 PENGHARGAAN

Alhamdulilah,

  Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan penghargaan sepenuh kepada :

Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi ,

  Pensyarah Pengajian Malaysia (DUB1012) , di atas kepercayaan beliu memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya. Dimana beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan.

  Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong sayauntuk terus berusaha. Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan - rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini dilaksanakan.

  Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja kursu ini dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini sukur Alhamdulilah.


Sebelum saya mengundur kata , terimalah serangkau kata 

Bak kata pepatah melayu
                                                                                
‘’ Melentur Buluh , Biarlah Dari Rebungnya ”

 1


PENGENALAN


DEFINISI KESAN RUMAH HIJAU
  

  Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.


DEFINISI PEMANASAN GLOBAL





  Definisi Pemanasan Global atau Global Warming adalah suatu proses meningkatnya suhu rata - rata atmosfera, laut, dan daratan bumi . 


DEFINISI ALAM SEKITAR




  Alam sekitar merupakan segala tanda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam skitar boleh dipanggil FLORA dan FAUNA. 


2


KESAN RUMAH HIJAU


PROSES KESAN RUMAH HIJAU

  Proses Kesan Rumah Hijau ini berlaku semasa komposisi gas - gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida , nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul - molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.




 PUNCA KESAN RUMAH HIJAU


 Kesan Rumah Hijau Ini Berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu, pembakaran  hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan "cloroflourocarbon" (CFC) juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.







KESAN RUMAH HIJAU

 Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.





CARA UNTUK MENGATASI KESAN RUMAH HIJAU

 Cara untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar. Akhir sekali, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kempen 3R (reduced, reused, recycled).






3


PEMANASAN GLOBAL


    Pemanasan global berlaku adalah akibat dari kerosakan dan kelalaian manusia itu sendiri . Saban tahun penerokaan dan penebangan hutan serta pencemaran telah menyebabkan rosaknya atmosfera dan menipiskan pendinding bumi dari kepanasan sinaran matahari iaitu lapisan ozon . Antaranya adalah peti sejuk dan penghawa dingin misalnya telah memancarkan "Chlorofluorocarbon" (CFC) berbahaya yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon ini.
·       

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

  Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijaulebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.

1. Perindustrian





  Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
2. Penjanaan Tenaga Elektrik
  Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.
  Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.
3. Pengangkutan



  Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.    

 4Pembakaran hutan






   Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.

   Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global. Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.


5. Pertanian dan perternakan


  Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metanaKegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan.


KESAN PEMANASAN GLOBAL

1) JEREBU



  Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

2) PENIPISAN LAPISAN OZON

  Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

3) HUJAN ASID



 Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

4) KEMARAU




  Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.

CARA - CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL

 Cara untuk mengatasi pemanasan global ialah dengan melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alat penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara.

  Di samping itu, orang ramai juga haruslah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bukan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya.

4

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR





 Alam sekitar adalah anugerah tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan dalam kehidupan di muka bumi ini.Manusia dan sumber alam sekitar saling bergantungan diantara satu sama lain.Allah telah menciptakan alam ini adalah untuk keseimbangan dan kemakmuran kepada manusia di muka bumi ini.Bumi yang luas ini dijadikan sebagai tempat tinggal manusia ,gunung-gunung sebagai pemasak bumi,tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada setiap kehidupan.Demikian juga dengan kepelbagaian jenis haiwan dan hidupan sama ada di daratan dan lautan merupakan satu keindahan  kepada alam semulajadi.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan jika tidak ada pencemaran.Di samping itu,memberikan keselesaan kepada setiap manusia.Jika pembangunan yang semakin pesat dan penjagaan alam sekitar yang kurang baik maka sedikit sebanyak ia akan dapat menjejaskan alam sekitar dan secara langsung ia akan membawa impak negetif kepada  manusia.

 Udara dan alam sekitar yang bersih dan segar membolehkan kita dapat menikmati keselesaan.kita akan dapat menikmati jika tidak ada gangguan persekitaraan kita.Cuaca panas dan kering yang disebabkan suhu yang meningkat dapat dielakkan jika melakukan alternatif secara awal contohnya masyarakat bekerjasama mengurangkan pembakaran secara besar-besaran dan melakukan penutupan bumi semula..Melalui persekitaraan yang segar dan nyaman  juga orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas,marah dan tidak selesa.Aktiviti riadah yang dijalankan dengan keadaan alam sekitar yang bersih dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.


 Seterusnya,air juga merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan.Tubuh badan kita mengendungi air lebih kurang 70 % ,sekiranya kehilangan air maka keadaan ini akan mengakibatkan  kita tidak ada tenaga.Di samping itu juga air bukan sahaja penting kepada manusia malah kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air.Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi.oleh kerana itu, air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatam alam sekitar daripada seberang pencemeran.


 Kehindahan alam sekitar juga akan turut menarik minat para pelancong untuk mengunjungi negera kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancong dari luar negara ataupun oarng tempatan untuk melancong.Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan melalui pertukaran wang asing.Dalam masa jangka panjang akibat kedatangan pelancong, akan dapat meningkatkan ekonomi negara.Dengan itu juga dapat memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengengguran di negara kita.Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup para penduduk.Oleh itu,penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tenggungjawab bersama.


 Kesimpulannya,kesedaran itu perlulah ada untuk setiap manusia dalam  memelihara alam semula jadi terutamanya pada masa kini yang banyak menimbulkan banyak pencemaran sehinggakan membawa impak yang negetif kepada alam semulajadi.Oleh itu,usaha-usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar  haruslah dilakuakan oleh pelbagai pihak sama ada badan kerajaan ataupun bukan badan kerajaan ( NGO).Apa yang penting pemeliharaan alam sekitar adalah tenggungjawab bersama.



5


KESIMPULAN


 Intihannya semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tentang masalah ini dan mereka hendaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.





6



RUJUKAN

1) Pengajian malaysia 
    ( Normuni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@ Razali, & Mohamad Aaizal Ahmat)
     Cetakan pertama (2016)
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau
4) https://id.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global
5) http://pengertian-definisi.blogspot.my
6) http://my-work-global-warming.blogspot.my/
7) http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/

7


LAMPIRAN















































8













































































































1 comment:

  1. Tinti Titanium TV | Tinti TV - iTanium Arts
    Tinti is a visually stimulating TV-based micro hair trimmer animated series titanium wedding ring based on a Chinese TV show written and directed by titanium bohr model renowned titanium rod in leg cartoonist titanium network surf freely and

    ReplyDelete

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR (POLISAS)

JABATAN PERDAGANGAN TAJUK: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL  TERHADAP ALAM SEKITAR NAMA & NO.MATRIKS AHLI  ...